BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aiman cinta terakhir

Rabu, 1 Jun 2011

Permainan muzik kegemaran saya :))

Permainan kegemaran gua ialah gitar dan keyboard
Dua alat muzik ini gua sangat menyukainya
Kalau gua bersedih marah atau bengang gua akan bermain alat muzik gitar
Keyboard ni waktu cuti je gua main
Adalah jugak beberapa lagu gua dah pandai main
Contohnya alat muzik gitar semua tentang kita dan banyak lagilah
Keyboard pulak seperti lagu grenade,sedetik lebih dan banyak lagilah
Ermm kalau bolehlahkan gua memang nak buat lagu sendiri dan lirik sendiri
Untuk menghiburkan orang-orang

Jumaat, 13 Mei 2011

Semua tentang kita

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



Peperiksaan Semester 1

Pada Jumaat 20/5/2011 bermulalah peperiksaan semester 1 sehingga 26/5/2011
Ermm budak form 4 ngan form 5 dah mula dah semalam
Ermm aq goyang math dan sains je
Yang lain tu ok aq boleh buat
Ermm mula2 periksa Sivik ngan Pendidikan Seni
Pastu Isnin Bahasa Melayu ngan Kemahiran Hidup
Selasa pulak Pendidikan Agama Islam ngan Bahasa Inggeris
Rabu Matematik ngan Sejarah
Dan Khamis Sains,Geografi dan Pendidikan Jasmani Kesihatan

Emmm aq harap aq boleh buatlah!

Dia Kepunyaan Saya

Oooo akhirnya impianku untuk keluar dengan dia tercapai jugak
Tapi tak tau lah dia happy ke tak keluar ngan saya tapi bagi best ah keluar ngan dia
Ini pun saya keluar ngan dia 2 May 2011 yang lalu keluar gi Time Square je pun
Jalan2 je banyak dan lagi 1 nak tau ak saya seorang je lelaki je
Kawan-kawan Fazira Balqis pun ikut jugak bersama dengan Linda
Hmmm saya haraplahkan hubungan saya ngan Fazira Balqis dapat kekallah....

Sabtu, 16 April 2011

Sabtu semalam

Fuhh semalam agak memenatkan doe
Selepas balik daripada kolej YPC tu aq terus tidur
Tak dapat nak gi training rugby semalam
Tapi apa-apa pun syok semalam

Belajar Matematik dengan Sains di Dewan Kolej YPC semalam
Pakar-pakar Matematik dan pakar-pakar Sains berkongsi ilmu
Cara-cara untuk menjawab Matematik dan Sains
Ramai jugak ah budak-budak tingkatan 3 Smk Pandan Jaya
Sertai program tersebut

Apa-apa pun terima kasihlah kepada pakar-pakar Matematik dan pakar-pakar Sains
Kerana telah berkongsi ilmu
Kepada calon-calon PMR... :)

Sabtu, 19 Mac 2011

Bangun pada pukul 4 pagi

Aq setiap hari bagun pukul 4 pagi
Tah ah tak tau kenapa setiap hari pukul 4 pagi
Aq bangun pukul 4 pagi aq belajar dah habis belajar aq online facebook lak
Tapi kadang-kadang aq bangun pukul 4 pagi aq menonton perlawanan bola sepak

Haha bagus jugak aq bangun pukul 4 pagi takda ah bangun lambat
Bangun-bangun je gi bilik air gosok gigi pastu mandi
Dah habis mandi semua tu aq membaca buku pulak
Membaca sampai pukul 4.30 atau pukul 5
Kadang-kadang aq bangun selalunya wat keje sekolah...


Rabu, 16 Mac 2011

Sekolah rendah

Hmm rindunya sekolah kebangsaan taman nirwana
Kan bagus kalau masa boleh berpatah balik
Hmm aq rindu gila-gila sekolah tu
Cikgunya best kawan best dan banyak lagi lah best
Hmm tapi sayang bukan nya boleh berpatah balik pun

Aq bermula sekolah tu daripada darjah 2 hingga darjah 6
Mula-mula darjah 2 aq kelas ikhlas
Darjah 3 pun ikhlas jugak
Darjah 4 ilmuan
Darjah 5 ikhlas balik
Dan darjah 6 aq kelas 6 iltizam


Haha ni lah gambar aq masa darjah 6 tak hensem pun
Yang pakai baju oren tu guru kelas aq masa darjah 6 dulu namanya Cikgu Kamarul
Dan yang sebelah dia cikgu penyelaras darjah 6 namanya cikgu Anuarsadat
Hmm kenangan masa sekolah rendah dulu...